Make your own free website on Tripod.com

 

HOME

NEXT

 

SEJARAH DAERAH MANJUNG

LUMUT

 


Lumut

Pekan Lumut telah dibuka pada abad ke 17 lagi. Ini berdasarkan bukti bahawa 'Perjanjian Pangkor' yang ditandatangani pada tahun 1874 adalah merupakan kesan peristiwa bagaimana Raja Perak pada masa itu telah membuat perjanjian dengan kompeni Inggeris untuk menghapuskan perompak laut dan lanun yang berpengkalan di pekan Lumut.

 

Pekan Lumut sebenarnya dahulu dikenali sebagai 'Tanah Merah'. Tanah Merah menurut cerita telah dibuka oleh seorang anak raja yang berasal dari Selangor yang bernama Raja Engku Busu. Selepas beberapa tahun membuka pekan Lumut Raja Engku Busu dan pengikutnya dikatakan telah diserang oleh perompak laut. Yang demikian Lumut (Tanah Merah) tinggal terbiar tidak didiami orang. Sungguhpun makamnya tidak diketahui, tetapi namanya masih tinggal menjadi sebutan dan kenangan iaitu Bukit Engku Busu yang terletak di belakang pekan Lumut.