Make your own free website on Tripod.com

 

HOME

NEXT

 

KAMPUNG BAKAR BATA

Kampung ini wujud sebelum perang Dunia Kedua lagi. Pada ketika itu penduduk kampung ini terdiri dari kaum Cina. Semasa mereka tinggal di sini, mereka telah membina sebuah kilang membuat batu bata. Sempena dengan wujudnya kilang tersebut dan sebuah gua batu bata, maka kampung ini dinamakan Kampung Bakar Bata.

Sewaktu pendudukan tentera Jepun pada tahun 1941-1945, ramai kaum Cina di kampung ini menganggotai Pasukan Malayan People Anti Japanese Army bagi menentang penjajahan Jepun. Malangnya apabila tamat perang, ketika orang-orang Melayu sibuk menentang Malayan Union tajaan British dan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1948, kaum Cina di sini telah menyahut seruan Mao Tze Tung di negara Cina. Kebanyakan mereka telah menganggotai dan menjadi penyokong Parti Komunis Malaya. Kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada tahun 1948 dan menempatkan penduduk di beberapa buah penempatan baru di Kem 1, 2 dan 3 yang sekarang dikenali sebagai Kg. Raja Hitam, Kg. Jering dan Kg. Merbau.

Sewaktu Kampung Bakar Bata ini dikosongkan, kerajaan telah berkempen dan menggalakkan orang-orang Melayu dari tempat-tempat lain berhijrah ke sini dengan harapan dapat menyekat sokongan orang-orang Cina kepada Parti Komunis Malaya. Kerajaan berjanji akan memberikan hak milik kepada mereka yang sanggup menetap di sini. Semua penduduk terpaksa mematuhi peraturan dan undang-undang darurat ketika itu. Sebelum tinggal di sini, mereka dikehendaki melaporkan diri di Balai Polis Beruas dan anggota polis akan mengiringi mereka hingga sampai ke kampung ini dengan selamat. Penduduk yang terlibat diberikan kupon bagi memudahkan mereka membeli barang-barang makanan. Sejak mencapai kemerdekaan, kampung ini telah bergerak seiring dengan kemajuan negara.

Ekonomi

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung Bakar Bata


[ke atas]