Make your own free website on Tripod.com

 

HOME

NEXT

 

BERUAS

*Nama Beruas dipercayai berasal dari nama sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di daerah tersebut. Sebelum BERUAS sekarang dikenali dengan nama BERUAS, tempat itu dikenali dengan nama BELUKAR SAMBANG. Menurut KAMUS DEWAN (Edisi Baru, 1989: 1104) sambang antara lain bermaksud sejenis tumbuhan renek; sarang lebah sudah kosong. Sambang juga bermakna gersang. Pada masa dahulu di kawasan itu memang terdapat satu kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok kecil dan rendang. Pernah di kawasan itu ditanam padi tetapi tidak menjadi, oleh itu masyarakat setempat menamakan tempat itu BELUKAR SAMBANG. Nama ini tidak kekal apabila penduduk di sekitarnya mendapat sejenis pokok lain yang banyak tumbuh di sekitar belukar itu yang dikenali dengan nama pokok Beruas. Pokok ini menyerupai pokok manggis, malahan buahnya juga menyerupai buah manggis. Tampok di bahagian bawah buah itu seperti beruas-ruas (seperti buah manggis) dan isinya pula tersusun rapi bagaikan ada ruas-ruas tertentu.

*Menurut satu cerita lain, BERUAS telah dibuka oleh seorang anak Raja dari Aceh bernama Malik al-Mansur yang diusir keluar dari Istana Aceh kerana perbuatan sumbangnya. Beliau dan pengikut-pengikutnya bertolak dari Aceh dan singgah di BERUAS. Semasa berehat di tebing Sungai Beruas, baginda bersandar pada sebatang pokok. Baginda diberitahu pokok itu adalah pokok Beruas. Baginda mengisytiharkan tempat itu sebagai BERUAS. Sumber itu boleh dipercayai kerana di sekitar kawasan Beruas itu memang terdapat banyak batu-batu nesan Aceh.


Muzium Beruas

*Petikan:

BERUAS,
Kerajaan Kuno di Perak,

terbitan:
Persatuan Muzium Malaysia,
Muzium Negara,
Kuala Lumpur.

ke Laman Web Muzium Beruas

[ke atas]