Make your own free website on Tripod.com

 

HOME

KG. TELAGA NANAS

 

Kampung Telaga Nenas adalah sebuah kampung yang terletak di tebing kanan Sungai Dinding, jauhnya lebih kurang 40 km daripada Bandar Sitiawan dan 10.5 km ke selatan. Barat dayanya ialah muara Sungai Dinding iaitu Bandar Lumut atau dikenali dahulunya Tanah Merah. Bahagian hulunya Kota Siam bersetentangan dengan Pulau Gapis, ke hulunya lagi iaitu Kota Raja Hitam yang terletak di persimpangan cabang tiga. Cabang kirinya menuju ke Segari, Nyiur Sebatang dan Gunung Tunggal, manakala cabang kanannya pula meuju ke Beting Luas dan Changkat Kruing.

Ada 99 cabang anak sungai kesemuanya di sepanjang Sungai Dinding termasuk Kampong Teluk di salah satu cabang di hilir Telaga Nenas dan Kampung Baru terletak di kualanya, kira-kira 3 km dari Telaga Nenas. Keluasan kampung ini adalah lebih kurang 120 ekar.

Kampong Telaga Nanas dibuka oleh Abdul Mutalib bin Lahad bin Datu dan saudaranya, Taha bin Datuk Nakhoda Geroyang serta dua orang sahabatnya iaitu, Raja Ngah dan Pak Sulong Abu pada tahun 1857. Kampung Telaga Nanas dalam erti kata yang sebenar terletak di Seberang Sungai di seberang Kg. Telaga Nanas sekarang ini di sebelah kiri tebing Sungai Dinding. Nama Telaga Nanas diilhamkan dari sebuah telaga yang agak luar biasa. Airnya amat jernih dan tidak pernah kering walaupun digunakan oleh seluruh penduduk kampung bila telaga-telaga yang lain habis kering ketika kemarau. Di tepi telaga itu ada sepokok nenas yang sedang berbuah. Buah nenas itu dikatakan mempunyai ukuran yang luar biasa besarnya. Keunikan serta kombinasi dari dua objek iaitu TELAGA dan NENAS ini melahirkan aspirasi untuk menamakan kampung itu sebagai KAMPONG TELAGA NANAS.

Kejayaan

[ke atas]