Make your own free website on Tripod.com

HOME

NEXT


SITIAWAN

Mengikut sejarah Sitiawan telah wujud sejak kurun ke 18 lagi. Pada masa itu ia adalah merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan meliputi kawasan Dinding (Lumut) dan kawasan sekitarnya, sesuai dengan tarafnya sebagai pusat pentadbiran /perdagangan daerah Dinding, dengan mempunyai bangunan Mahkamah, Pejabat Kastam dan Balai Polis. Sitiawan juga merupakan tempat perdagangan dan persinggahan kapal dagang yang berurus niaga pada masa itu.


Mini Disneyland Ayer Tawar, Sitiawan

 


Taman Rekreasi Kg.Jering
Sitiawan

Sitiawan atau nama asalnya Simpang Empat adalah merupakan sebuah kampung nelayan yang terletak di persisiran Sungai Sitiawan. Sitiawan mula diberi nama berdasarkan lagenda sejarah mengikut cerita bahawa pada masa itu terdapat dua ekor gajah yang mahu menyeberangi Sungai Sitiawan, tetapi malangnya salah seekor gajah tersebut telah terbenam kedalam lumpur.

 

Melihat keadaan ini salah seekor gajah tersebut telah cuba menolong kawannya tetapi tidak berjaya. Oleh kerana terlalu setia kepada kawan maka gajah tersebut telah menunggu kawan yang seekor lagi, tetapi malangnya kedua-dua gajah tersebut telah mati lemas disebabkan air pasang. Dari setia kawan ini maka Sitiawan telah terbentuk.

Latar Belakang

Mempunyai keluasan 255 km persegi. Bersempadan dengan Mukim Beruas dan Pengkalan Bharu di utara, daerah Perak Tengah di timur, Mukim Lekir dan Selat Melaka di selatan dan Mukim Lumut di sebelah barat. Keadaan muka bumi rata dan boleh ditanam dengan pelbagai tanaman atau kegunaan lain.

Mukim ini mempunyai kepadatan penduduk teramai di daerah Manjung. Bilangan penduduk adalah seramai 98,720 orang (sumber banci penduduk 2000. Mengikut banci, kaum Cina merupakan kaum yang paling ramai. Kebanyakannya tinggal di pekan-pekan seperti di Pekan Sitiawan, Pekan Kampong Koh, Pekan Ayer Tawar dan Kampong-kampong Baru. Majoritinya adalah berniaga, berladang dan usahawan.

Kaum Melayu merupakan kaum yang kedua ramai. Kebanyakannya tinggal di luar bandar, Kg. Tradisional, Kg. Tersusun, dan taman-taman yang berhampiran dengan pekan. Pekerjaan mereka ialah menoreh getah, buruh pertanian, pegawai kerajaan, anggota tentera laut dan sebahagian kecil di tepi pantai yang merupakan kaum nelayan.

Kaum India merupakan kaum yang ketiga ramai. Kebanyakannya tinggal di ladang-ladang atau pinggir pekan yang berhampiran dengan ladang. Pekerjaan mereka adalah buruh.

Ekonomi Luar Bandar

  1. Ternakan lembu pawah.
  2. Ternakan puyuh dedaging.
  3. Ternakan arnab dedaging.
  4. Ternakan ayam kampung.
  5. Ternakan ayam telur/daging.
  6. Ternakan kolam ikan air tawar.
  7. Ternakan telur itik/daging.
  8. Perusahaan kecil kilang mee dan kueh-tiau.
  9. Perusahaan kecil bengkel perabot.
  10. Perusahaan batu tanah liat.
  11. Tanaman sayur-sayuran.
  12. Perniagaan gerai makanan dan kedai runcit.